Dari Bharian
Mayat bayi lelaki ditemui bersama nota
KUANTAN: Tidak berperikemanusiaan. Itulah istilah tepat terhadap individu yang sanggup meminta orang ramai mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir selepas meninggalkannya di sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, di sini, hari ini.
Mayat bayi yang masih bertali pusat itu dan di bungkus dengan selendang putih ditemui pekerja kilang, Suhaimi Ibrahim, 22 bersama rakannya, Mohd Hafiz Ismail, 32, ketika sedang bersiap untuk ke tempat kerja di Pelabuhan Kuantan kira jam 7.30 pagi.
Suhaimi berkata, Mohd Hafiz yang mula menemui satu bungkusan di perkarangan rumahnya ketika mahu memanaskan enjin keretanya dan kemudian memanggilnya untuk sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan.
Katanya, sebaik membukanya, mereka terkejut apabila mendapati terdapat bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa.
"Kemudian saya menjumpai satu nota berwarna biru diselitkan di pintu pagar rumah yang tertulis ' tolong kebumikan... terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian..terima kasih...saya menghargai pertolongan anda'," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Suhaimi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayi terbabit ditinggalkan kira-kira jam 3 pagi selepas enam rakan serumah yang sedang menonton perlawanan bola sepak Liga Juara-juara memaklumkan terdengar bunyi motosikal berhenti sebentar di depan rumah.
"Namun kerana asyik menonton bola, kami tidak menghiraukannya dan mengesyaki apa-apa sebelum hendak keluar ke tempat kerja pagi tadi tadi.
"Malah sebaik menjumpai bayi itu, kami juga melihat titisan darah dari perkarangan rumah jiran dan tidak menolak kemungkinan individu yang meninggalkan bayi masuk dengan memanjat pagar rumah sebelah," katanya yang kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan bayi itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Beliau berkata, mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira jam 12 tengah hari untuk bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati, kita tidak menolak kemungkinan bayi terbabit baru dilahirkan antara empat hingga lima jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan bayi.
"Setakat ini, siasatan lanjut masih dilakukan dan polis juga sedang berusaha mengesan rekod kelahiran bayi di klinik kesihatan sekitar daerah ini bagi melihat sama ada sebarang petunjuk boleh dijumpai bagi mengesan individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu," katanya.
Komen aku :
1. Sungguhlah tak berperikemanusiaan...ramai org nak anak tapi tak dapat, berusaha dgn mcm2, sakit perit semua sanggup tanggung demi nak dptkan anak...yg tak nak anak pulak mcm2 gak buat utk hapuskan bukti dah buat anak, yg membiarkan anak2nya jadi anak terbiar pun ada gak..hmmmm...sungguh budossss...huh
2. Nasihat kat adik2 remaja....bfikir lah dgn waras,jgn mudah tpedaya dgn pujukan or rayuan dri lelaki yg tah apa2 nie....lelaki skrg tak semuanya baik...adakalanya nampak ajer baik tpi cam syitan...tapi perlu ingat juga yg perempuan pun jagalah maruah keluarga....lelaki yg suka janji2 mcm nie sebenarnya pendusta, bukan dibuatnya pun apa yg dijanjikan...
3. Jgn fikir nak benda sedap ajer...klau nk sgt kahwin...
-
3 comments:
salam..
how much i miss u mahani...........
roha ada blog rupanya..baru jer tu... aku tgk kat link dia dalam blog aku...
send my regard to her...
cakap kat dia..naper blog dia takleh komen...
dan aku tau dia dalam kesedihan... kesunyian... tapi aku & ko pasti sentiasa bersama dia...wp dalam 'persahabatan terlarang ini'
cakap kat roha..tabahkan hati... dan aku doakan dia gembira walau apa jua keputusan dan cara dia memilih jalan hidup dia...
miss both of u so much!
http://aku-duniaaku.blogspot.com/
dah mula la tuh angin malas dia tu...!!!!
Post a Comment