Nuffnang

Tuesday, June 8, 2010

Pesanan Suamiku

Smlm ptg mood sedih n menitiskan airmata mlanda lagi(ari nie sedih masih bsarang dihati)...sedih dgn bbrpa peristiwa juga berita yg diterima...sedih yg sukar diucap....rasa beratnya dugaan nie,tak tertanggung lagi rasanya n adakala hampir bputus asa...rasa mcm tiada peluang utk ku lagi...terlalu sedih sgt sgala usaha yg dilakukan ada ajer yg mhalang seolah2 peluang akan lambat lagi....dlm aku bsedih+ menangis suamiku berpesan..."Syg Allah belum nk beri rezeki pd kita lagi,jgn bpra sangka buruk thdp Allah...Allah uji kita krn DIA nk beri yg terbaik sekali utk kita..." terus hati rasa damai n tenteram walaupun masih sedih tpi smgt utk busaha ttp diteruskan...terima kasih abg atas pesanan yg diberikan...Sesungguhnya Allah lebih mgetahui perkara yg tbaik yg diberikan kepada hambaNYA....

Friday, April 30, 2010

Ceritaku Luahanku

Dah lama aku tak update blog nie...istilahnya 'dah bsawang blog nie'. Sebenarnya byk hal yg dah blaku sekitar 2010 ttpi oleh krn ketiadaan masa so tiada lah nk story kat sini...cuma aku ari nie tiba2 mood rajin terlebihku dtg pula...itu pun luahan rasaku yg aku rasa tak boleh nk aku pendamkan lagi...sejak bbrpa minggu nie rasa sedih ajer coz :

1) aku dah jauh dari anak sedaraku (Fathi)...Adikku (kakda) tlh pun pindah JB semula...mmg lah tak kemana tapi sekurang2nya klau diKL boleh katakan keraplah juga kami bjumpa...klau di JB jwpnya sebulan sekali ajerlah...rinddddddddduuuu sgt dgn Fathi(tempat aku mnumpang kasih)....susahlah Fathi nk dtg umah mak long lagi kan....Tpi wlau camner pun aku doakan adik2ku (kakda n kamal) bjya dlm bidang diceburi...

2) aku rasa down sgt bila org memperlekehkan aku...aku tak suka org perlekehkan aku...aku manusia yg ada hati & perasaan...mungkin pelik utk org itu bila tahu kami (aku n hubby) belum dikurniakan zuriat lagi stlh 3 thn bkawen...so tak perlulah nk pertikaikan cara 'buat' yg salah ataupun 'salah tmp' pastu kononnya kitaorg kejarkan kerjayalah(mcmlah aku nie bkerjaya sgt)...takdirnya aku blum ada rezeki lagi n mungkin tuhan nak berikan terbaik utk aku....tlg lah jgn perlekehkan takdir kami mcm tu....kami bukan tidak 'usaha'...kami b'usaha' cuma tak perlulah hebahkan pada semua org....sgala kesedihan,kepedihan, kesakitan semasa kami b'usaha' tu hanya kami saje yg tahu n kami tak pernah tunjukan sgala apa yg kami rasa event keluarga tdekat...hanya kami saje yg tahu,mudah2an bila dikurniakan zuriat kami benar2 mhargainya apa yg berikan olehNYA. So bila ada org plekehkan camtu, aku down sgt coz aku yg mhadapi kepayahan itu n senang2 ajer kata2 mcm tu kluar dari mulut2 mrk2....adakalanya aku penat n aku rasa tak kuat lah nk hadapi kata2 mcm tu, rasa cam nak nangis kat situ gak biarkan mrk2 tahu bahawa mrk2 nie tlh pun mguris hati aku...tapi aku sanggup lak nak wat camtu...yg mampu aku lakukan senyum sumbing ajer....Aku mmg harap sgt2 mrk2 nie mbaca blogku ini...biar mrk tahu mrk tlh mguris hatiku n dgn terlulisnya luahan rasa ini, aku dgn redha memaafkan mrk....Ya Allah berikan aku kekuatan n iman yg teguh utk hadapi dugaan yg diberikan olehMU....amin....

utk mgurangkan stress n kesedihan nie, mari kita tgk gambar baru Fathi yg smkin bijak n ligat tu...kekdg geram ajer tgk mcm pandai sgt ajer, muka confident abis....sekejap ajerkan masa blalu Fathi dah pandai bjln tak lama lagi Fathi nk dpt adik....dan gambar anak2 sedaraku yg lain2


Gaya2 seorang yg akan bgelar abg tak lama lagi....Fathi namanya (satu2nya anak sedara sblh aku)





Takdir tuhan, klau aku tidak pregnant luar rahim anak aku mungkin sebaya dgn Nur Amirah Aqilah (anak sedara sblh hubby)...tapi tidak baik kita nie bklau2 coz semuanya tlh tertulis
Muhammad Arif (anak sedara sblh hubby) dgn sifatnya yg manja n sentimental sikit orgnya....












Monday, January 25, 2010

Saje2

Lamanya tak update kat blog nie...bukannya malas sgt tapi takder idea nak citer aper...bagi kekwn yg mengikuti blog nie kiranya sudi utkt beri idea...apa yg hendak ditulis yer.....mcm2 yg berlaku namun aku ttp aku...kena hadapi wlau apa sekali keadaan yg berlaku...:).....tgh pikir apa nk citer...nanti klau ada akan diupdatekan kay...
Buat sahabat ku Rahayu bt Abd Rashid.....
tlg bagi respon kay...jgn terus mendiamkan diri anda.....

Thursday, August 6, 2009

Kandungan Luar Rahim @ Ectopic

Ada beberapa kekwn pernah bertanya pada aku camner boleh berlakunya kandungan luar rahim...aku nie bukanlah doktor tapi kes nie pernah berlaku pada diriku pd thn lepas so aku dptlah pendedahan mengenai kes nie...so kekwn video ini utk merupakan satu perkongsian ilmu n untuk penerangan lanjut kekwn leh lah serve kat you tube tu yer...tolong ketepikan fikiran yg negatif2 mgenai video ini yer...



Friday, July 10, 2009

Fathi Anak Sedaraku

Nie gambar terbaru Fathi.....mari kita beramai-ramai tgk gelagat Fathi yg semakin bijak n semakin cute dgn jayanya...hasil daripada susu ibunya....yg penting Fathi cute cam maklongnya....oleh kerana Fathi nie merupakan anak sedarku yg sulong bagi family aku maka mestilah perhatian yg lebih diberikan

Gambar nie masa maklong n paklong dah ke umah Fathi utk melepaskan rindu....tak ingatlah tarikhnya, rasanya akhir bulan Jun yang lepas....maklong Fathi suka yg teramat sgt bila paklongnya kata ok jom kita tgk Fathi.... ada tokoh tak paklongnya jdi abah....hehehehe..cam kekok ajer... oh yer pd masa nie Fathi dah pandai posing...nampak kamera ajer dia akan pandang ajer kamera tu...Fathi sekarang berumur 4 bln lebih(nak masuk 5 bln)


masa nie Fathi takut dgn maklong n paklongnya coz dah lama tak jumpa...tkejut dia tgk org besar2 dtg umah :)...sebab tu maklongnya dokong Fathi tapi tak tunjuk muka...klau tak satu wangsa maju tahu Fathi menangis


Gambar nie pulak masa Fathi dtg umah maklong pada minggu lepas....lagilah masa nie Fathi dah kenal org...nampak rupa maklong n paklong ajer dah mcebik...masa amik gambar nie Fathi tak perasaan paklong dia kat sebelah tgh amik gambar....
masa tido nie yg maklong suka sgt tgk...cute sgt anak sedaraku...tido pun mniarap gitu...masa tido leh senyum lagi...oh yer lepas Fathi tido baru dia nak main2 dgn maklong nya baru nk senyum2, ketawa2...suka dia bila maklongnya main nyanyi dgn dia...tapi perlu nyanyi dgn nada yg lembut coz Fathi nie lembut orgnya cam abah dia (bukan lembut sutun tu tau)pertuturan yg lemah lembut bukan cam mak dia yg buragas semacam ajer....hahahahahahahahaha
nie pulak dia dah start habit dia walaupun tgh tido...dia nak kuar gigi jadi giginya gatal asik masukkan tangan dlm mulut ajer pastu main air liur dia....walaupun Fathi wat habit cam tu Fathi ttp nampak cute miut cam maklong n maklong always love u...;)




again...camner sekali keadaan Fathi n maknya..maklong ttp love u all forever n ever....Fathi jgn lupa maklong tau.......lupa lak nak cerita ...baju2 yg dipakai ditaja oleh toktehnya yg baru blik dari Dubai.....tq tokteh....nanti belikan Fathi baju lagi yer...nanti maklong leh belikan brg lain pulak......hehehehehehe


Thursday, July 9, 2009

Anak Sedara Baru

Salam semua....lama dah aku tak updated blog ku ini....seperti kwn ku kata sudah bersarang blogku ini...alasannya bukan malas tau, tapi tak berkesempatan bz n adakalanya idea hilang tiba2...bila blog dah sawang byklah cerita basinya kan....First sekali aku nak citer pasal anak sedaraku yang baru sahaja lahir pada 29 May 2009 waktu lahir pada kul 12.00 tgh mlm, nama baby nie Nur Amirah Aqilah bt Zulkifli (camtulah kot ejaan dia) nie adak sedara sebelah hubbyku(anak kakak iparku)...mari kita tgk kegebuaan pipinya...geram ajer kan... gambar nie semasa baby n emaknya masih dihospital




Gambar nie pulak semasa dia dah sebln (1bln) kuar dari hospital...dah berjalan2 pun gi kenduri kawin sepupu



Nie pulak aqilah bergambar dgn mak usunya(panggilan sebelah hubby)...teka siapa yg cute...hehehehehe

cerita lain akan disambung......

Thursday, May 28, 2009

Berita Harian

Dari Bharian

Mayat bayi lelaki ditemui bersama nota

KUANTAN: Tidak berperikemanusiaan. Itulah istilah tepat terhadap individu yang sanggup meminta orang ramai mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir selepas meninggalkannya di sebuah rumah sewa di Taman Balok Makmur, di sini, hari ini.

Mayat bayi yang masih bertali pusat itu dan di bungkus dengan selendang putih ditemui pekerja kilang, Suhaimi Ibrahim, 22 bersama rakannya, Mohd Hafiz Ismail, 32, ketika sedang bersiap untuk ke tempat kerja di Pelabuhan Kuantan kira jam 7.30 pagi.

Suhaimi berkata, Mohd Hafiz yang mula menemui satu bungkusan di perkarangan rumahnya ketika mahu memanaskan enjin keretanya dan kemudian memanggilnya untuk sama-sama memeriksa bungkusan berkenaan.

Katanya, sebaik membukanya, mereka terkejut apabila mendapati terdapat bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa.

"Kemudian saya menjumpai satu nota berwarna biru diselitkan di pintu pagar rumah yang tertulis ' tolong kebumikan... terima kasih, saya sayang dia tapi tak berupaya untuk lakukan pengebumian..terima kasih...saya menghargai pertolongan anda'," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Suhaimi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bayi terbabit ditinggalkan kira-kira jam 3 pagi selepas enam rakan serumah yang sedang menonton perlawanan bola sepak Liga Juara-juara memaklumkan terdengar bunyi motosikal berhenti sebentar di depan rumah.

"Namun kerana asyik menonton bola, kami tidak menghiraukannya dan mengesyaki apa-apa sebelum hendak keluar ke tempat kerja pagi tadi tadi.

"Malah sebaik menjumpai bayi itu, kami juga melihat titisan darah dari perkarangan rumah jiran dan tidak menolak kemungkinan individu yang meninggalkan bayi masuk dengan memanjat pagar rumah sebelah," katanya yang kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan bayi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira jam 12 tengah hari untuk bedah siasat.

"Siasatan awal mendapati, kita tidak menolak kemungkinan bayi terbabit baru dilahirkan antara empat hingga lima jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan bayi.

"Setakat ini, siasatan lanjut masih dilakukan dan polis juga sedang berusaha mengesan rekod kelahiran bayi di klinik kesihatan sekitar daerah ini bagi melihat sama ada sebarang petunjuk boleh dijumpai bagi mengesan individu yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu," katanya.


Komen aku :
1. Sungguhlah tak berperikemanusiaan...ramai org nak anak tapi tak dapat, berusaha dgn mcm2, sakit perit semua sanggup tanggung demi nak dptkan anak...yg tak nak anak pulak mcm2 gak buat utk hapuskan bukti dah buat anak, yg membiarkan anak2nya jadi anak terbiar pun ada gak..hmmmm...sungguh budossss...huh

2. Nasihat kat adik2 remaja....bfikir lah dgn waras,jgn mudah tpedaya dgn pujukan or rayuan dri lelaki yg tah apa2 nie....lelaki skrg tak semuanya baik...adakalanya nampak ajer baik tpi cam syitan...tapi perlu ingat juga yg perempuan pun jagalah maruah keluarga....lelaki yg suka janji2 mcm nie sebenarnya pendusta, bukan dibuatnya pun apa yg dijanjikan...

3. Jgn fikir nak benda sedap ajer...klau nk sgt kahwin...